MPK HADKAN BILANGAN PENGUNJUNG KE TELUK CEMPEDAK

KUANTAN, 03 OGOS 2020: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keputusan untuk menghadkan bilangan pengunjung ke pantai peranginan Teluk
Cempedak kepada 1000 orang pengunjung sahaja pada satu-satu masa berkuatkuasa 7 Ogos ini.

Pegawai Perhubungan Awam (MPK), Puan Norkamawati Kamal berkata, ia adalah adalah salah satu usaha mengawal
penularan semula wabak COVID-19 di daerah ini.

“Kawalan bilangan pengunjung ini akan dipantau melalui kad nombor giliran yang akan diberi di pos kawalan pintu masuk
dan diserahkan semula di post pintu keluar yang ditetapkan.

“Aktiviti kawalan ini walau bagaimanapun tidak akan menjejaskan perkhidmatan pandu lalu restoran makanan segera McDonald dan KFC.

“Operasi penguatkuasaan ini akan diketuai PDRM, anggota penguatkuasa MPK dan RELA menfokuskan untuk memastikan
semua pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal yang ditetapkan demi kebaikan dan keselamatan pengunjung ketika berada di pantai peranginan
berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: