MPK BUKA 200 PERMOHONAN PERMIT BAHARU HANTAR MAKANAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 31 JANUARI 2021 : Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah membuka 200 permohonan bagi permit menghantar makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata setakat ini pihaknya telah menerima 169 permohonan daripada penghantar makanan.

“Kita telah membuka 200 permohonan permit baharu untuk PKP kali ini di mana syarat-syaratnya adalah sama sepertimana dalam permohonan permit pada PKP sebelum ini.

“Jadi secara keseluruhannya pihak MPK mengeluarkan 1,800 permit bagi memudahkan pergerakan penghantar makanan ini,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP).

Beliau berkata bagi 1,600 pemilik permit penghantar makanan yang dikeluarkan pada PKP dahulu, mereka masih boleh menggunakan permit tersebut.

“Bagi pemilik permit semasa PKP lepas, mereka masih boleh menggunakan permit tersebut asalkan semua syarat yang ditetapkan dipatuhi.

“Kita memfokuskan pengeluaran permit ini kepada para penghantar makanan ini kerana ia melibatkan pengendalian makanan dan juga kesihatan kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata permit ini tertakluk kepada semua penghantar makanan sama ada yang berdaftar dengan syarikat atau persendirian.

“Permit ini kita keluarkan supaya orang tidak salah guna alasan ingin menghantar makanan untuk lepas sekatan jalan raya.

“Dan bagi mereka yang tidak mempunyai permit, mereka boleh dikenakan tindakan kompaun kerana melanggar arahan PKP,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download