KUANTAN, 10 DISEMBER 2020: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Wilayah Pantai Timur mengadakan E-Seminar Usahawan Produktif Negeri Pahang 2020 yang dirasmikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak yang diadakan secara dalam talian melalui platform ZOOM.
Seminar yang dijadualkan diadakan pada 14 Disember 2020 ini bermula jam 11 pagi bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk memahami tentang trend pemasaran digital dan mengenalpasti peluang perniagaan melalui media sosial dari pakar yang berpengalaman.
Menurut Dato’ Sri Dr. Sallehuddin, pandemik COVID-19 membuka laluan untuk transformasi digital kerana para perniaga terpaksa menghadapi cabaran baharu daripada penutupan ruang fizikal dan pergerakan terhad.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada usahawan terutamanya syarikat perusahaan kecil dan sederhana perlu menguasai teknologi digital sebagai norma baharu bagi menjalankan perniagaan mereka untuk mereka terus kekal bertahan dan berdaya saing,” katanya menerusi
Mengulas mengenai program yang dijalankan, Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia Dato Abdul Latif Hj Abu Seman berkata, seminar ini juga
diadakan sebagai salah satu landasan untuk menerangkan kepentingan digitalisasi dalam meningkatkan prestasi perniagaan.
Beliau berharap program ini dapat meningkatkan penggunaan platform digital bagi meningkatkan produktiviti dan inovasi syarikat.
Di samping itu, beliau menyeru syarikat PKS beralih ke platform digital dalam talian bagi urusan perniagaan dan penyampaian perkhidmatan mereka bagi melancarkan perniagaan mereka.-PAHANGMEDIA
1,236 total views, 6 views today