Mohd. Khuzaidi Dilantik Pegawai Daerah Bera

Oleh Shahrinnahar Latib

BERA 11 NOVEMBER 2019: Timbalan Pengarah (Pengurusan), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Encik Mohd. Khuzaidi Harun dilantik menjadi Pegawai Daerah Bera yang baharu mulai hari ini.

Beliau yang berusia 47 tahun menggantikan YH. Dato’ Razihan Adzharuddin yang telah bertukar sebagai Pegawai Daerah Temerloh mulai 1 September lalu.

Majlis serah tugas berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Mohd. Zakaria Ibrahim di Dewan Cemerlang, Majlis Daerah Bera (MDB) di sini hari ini.

Dato’ Mohd. Zakaria dalam ucapannya mengucapkan sekalung tahniah kepada Encik Mohd. Khuzaidi di atas pelantikannya sebagai Pegawai Daerah Bera yang baharu.

“Terima kasih dan sekalung penghargaan di atas sumbangan serta bakti Dato’ Razihan sepanjang menjalankan khidmat sebagai Pegawai Daerah Bera.

” Saya harapkan Encik Mohd. Khuzaidi dapat menjalankan tugas dengan terbaik bagi memastikan daerah ini terus maju pada masa akan datang.

“Pegawai daerah adalah untuk selesaikan masalah… Di daerah ini masalah yang paling banyak dikesan adalah isu penerokaan tanah haram.

“Saya juga berharap penjawat awam di daerah ini mematuhi arahan pegawai daerah anda dan jangan sesekali melangkau arahan ketua, ” katanya pada Majlis Perjumpaan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang Bersama Pegawai Dan Kakitangan Pejabat Daerah Bera Serta Majlis Daerah Bera.

Yang turut hadir, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, YH. Dato’ Zaman Azam Mohamat Sarif @ Ahmat.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download