Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali
KUANTAN, 12 JUN 2020: Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah melakukan kunjungan hormat keatas Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.
Beliau yang diiringi pegawai kanan kementerian hadir kira-kira jam 10 pagi untuk membincangkan mengenai pelbagai isu termasuk mengenai komunikasi dan multimedia di negeri ini.
Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.
YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam kunjungan itu mengalu-alukan kedatangan YB Dato’ Saifuddin dan diharap kunjungan ini dapat memenuhi kehendak serta keperluan negeri secara lebih terperinci.
“Terima kasih atas kunjungan ini. Moga-moga pertemuan ini memberi manfaat yang baik kepada rakyat di Negeri Pahang,” katanya.
Sementara itu, YB Dato’ Saifuddin berkata, kerjasama antara Menteri Besar Pahang sudah lama dilaksanakan dan akan diteruskan pada masa akan datang. – PAHANGMEDIA