Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim
KUANTAN, 28 Ogos 2020 – Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, dianugerahkan tanda pangkat kehormat yang ditauliahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YH Dato’ Sri Mohammad Hamdan Haji Wahid, di Hotel Zenith di sini, hari ini.
Selain Menteri Besar Pahang, turut dianugerahkan tanda pangkat kehormat adalah YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Rahim Muda dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), YH. Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, YH. Ir. Haji Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.
Penganugerahan tanda pangkat kehormat ini ditauliahkan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa kesemua penerima terhadap masyarakat.
Majlis yang bermula pada jam 3 petang itu berjalan lancar sambil disaksikan oleh pegawai dan anggota bomba Pahang. – PAHANGMEDIA