YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2022 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Semantan Walk di sini, malam tadi.

MENTERI BESAR AJAK RAKYAT KIBAR JALUR GEMILANG

TEMERLOH, 15 OGOS 2022 : Sempena Bulan Kebangsaan, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengajak semua rakyat Pahang mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang di premis serta kediaman masing-masing.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, langkah ini secara tidak langsung akan menyemai semangat patriotisme dalam diri semua.

“Sepatutnya bendera-bendera ini bukan setakat dikibarkan apabila tibanya bulan Ogos sahaja tetapi perlulah dikibarkan setiap masa sepanjang tahun.

“Amalan kibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri seharusnya menjadi trending di kalangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2022 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Semantan Walk di sini, malam tadi.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2022 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Semantan Walk di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin dan barisan Exco Negeri Pahang.

Jelas beliau lagi, perpaduan kaum di negara kita amatlah penting dalam memastikan tanah air kekal utuh, mampan dan harmoni.

“Elakkanlah berlakunya persengketaan kaum yang akhirnya akan merugikan kita semua. Sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup bersama, semangat kekitaan juga perlu disemai sejak dari kecil lagi.

“Usahlah kita bermain dengan api perkauman kerana kelak binasa habis terbakar diri. Peliharailah kedaulatan negara dengan menghormati prinsip Rukun Negara yang meletakkan Perlembagaan sebagai asas kepada kehidupan kita di negara ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram