Pengerusi MCA Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Hoh Khai Mun.

MCA PAHANG SOKONG WUJUD LIMA ADN LANTIKAN

KUANTAN, 23 NOVEMBER 2020: MCA Negeri Pahang menyambut baik dan menyokong tindakan Kerajaan Pahang mewujudkan lima jawatan Ahli Dewan Negeri (ADN) lantikan bagi memantap dan melebarkan penyertaan proses demokrasi dalam negeri ini.

Pengerusi MCA Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Hoh Khai Mun menegaskan bahawa usul pindaan itu telah diluluskan secara patuh perlembagaan dan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli dewan.

Justeru katanya, ia tidak seharusnya dipolitikkan mengikut nafsu dan selera kepartian.

“MCA Pahang yakin dan percaya YAB Menteri Besar Pahang telah menimbang serta menghalusi semua implikasi berkaitan sebelum mengusulkan pindaan perlembagaan dan ia harus dihormati dan disokong oleh ahli-ahli dewan dan juga rakyat negeri ini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, MCA ingin mencadangkan tatacara dan panduan pemilihan calon-calon lantikan dapat diperhalusi dan diperkemaskan untuk memastikan adun-adun lantikan dipilih dari kalangan anak-anak negeri yang benar-benar berkalibar dan berwibawa.

“MCA juga ingin mencadangkan pencalonan ADN lantikan boleh membuka ruang kepada wakil-wakil kumpulan minoriti, masyarakat Orang Asli, pemimpin-pemimpin NGO serta komuniti orang kelainan berupaya untuk sama-sama mempelbagai dan menyuburkan nafas demokrasi dalam dewan yang mulia,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 328 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download