MBNP BERTUAH TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS DALAM BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) melahirkan rasa syukur dan bertuah apabila menerima peruntukan khas untuk pembangunan belia berjumlah RM470,000 yang diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam pembentangan Belanjawan 2020 Negeri Pahang, Isnin lalu.

Pengerusinya, Encik Wan Emril Nizam Wan Embong, peruntukan ini adalah julung kali diumumkan oleh Menteri Besar di dalam Belanjawan khusus untuk MBNP dan pihaknya sangat bersyukur serta berterima kasih kepada Kerajaan Pahang yang mengumumkan peruntukan berkenaan.

“Sebelum ini, MBNP memang ada menerima bantuan serta peruntukan untuk melaksanakan pelbagai program daripada Kerajaan Pahang tetapi bukan khusus menerusi Belanjawan Negeri.

Pengerusi Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Encik Wan Emril Nizam Wan Embon

“Justeru, saya mewakili 26 badan gabungan dengan jumlah ahli seramai 10,000 orang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Pahang pimpinan YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy kerana menyalurkan peruntukan ini kepada MBM dan badan gabungan.

“Dengan peruntukan ini nanti akan dapat memastikan pembangunan belia di Negeri Pahang dapat dilaksanakan secara komprehensif dan lebih berkesan,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini hari ini.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam Belanjawan 2021 Negeri Pahang sebelum ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM470,000 untuk diagihkan kepada MBNP, 11 Majlis Belia Daerah dan 15 badan gabungan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan satu Dana Khas sebanyak RM10 juta yang boleh dijadikan bantuan awal dan pengembangan perniagaan khas untuk golongan muda di Negeri Pahang.

Sementara itu, beliau juga menyambut baik pengumuman Dana Khas sebanyak RM10 juta kepada golongan muda terutamanya ketika pandemik COVID-19 berlaku.

“Kita lihat ketika berlaku pandemik COVID-19 ini ramai individu termasuk anak muda kehilangan pekerjaan, justeru dengan adanya Dana Khas ini boleh membantu anak-anak muda untuk membuka perniagaan sendiri,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 376 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: