Barisan Ahli Parlimen dari Pahang yang dilantik dalam Kabinet.

MB UCAP TAHNIAH ENAM AHLI PARLIMEN PAHANG DILANTIK DALAM KABINET

KUANTAN, 9 MAC 2020: Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada enam Ahli Parlimen dari Pahang yang dilantik di dalam Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam satu kenyataan berkata, dua Ahli Parlimen dilantik menjadi menteri termasuk Menteri Kanan Menteri Pertahanan, YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Bera) dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota).

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy

“Empat lagi ialah Timbalan Menteri Kewangan II, YB. Encik Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar); Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Sri Dr. Ismail Mohamed Said (Kuala Krau); Timbalan Menteri Luar Bandar, YB. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Abdul Mutalib (Maran),” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin atas pengumuman Kabinet Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dianggotai oleh tokoh yang melampaui batasan kaum dan latar kerjaya yang dilihat mampu melonjakkan kemajuan serta memelihara kemakmuran negara demi kesejahteraan rakyat.

“Dengan pembentukan Kabinet Kerajaan Persekutuan ini diharap negara dapat segera ditadbir dan digerakkan semula ke arah mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sepertimana yang telah dirangkakan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri dari Pahang

Menteri Kanan Menteri Pertahanan, YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Bera)
Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota).

Timbalan Menteri Kewangan II, YB. Encik Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar)
Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Sri Dr. Ismail Mohamed Said (Kuala Krau)
Timbalan Menteri Luar Bandar, YB. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad (Lipis)
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Abdul Mutalib (Maran)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: