Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Wakil Dewan Negeri di Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur di sini hari ini.

MB SERAH SUMBANGAN KEPADA ADUN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 7 APRIL 2020: Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyerahkan sumbangan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi diagihkan kepada rakyat yang sangat memerlukan di semua 42 kawasan Dewan Negeri (DN) di Pahang.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, sumbangan ini adalah salah satu daripada lima inisiatif baharu yang diumumkan baru-baru ini bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

“Setiap DN akan menerima sumbangan berjumlah RM75,000 untuk disalurkan kepada 500 orang penerima. Setiap penerima pula akan menerima sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan asas bernilai RM50.

“Nilai peruntukan bagi melaksanakan inisiatif ini ialah RM3.15 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Wakil Dewan Negeri di Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Beliau berkata, selain itu inisiatif lain adalah bantuan tunai RM300 kepada penghulu serta RM200 kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) di seluruh Pahang dengan jumlah keseluruhan RM132,400.

Antara adun dan wakil yang hadir pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Wakil Dewan Negeri di Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur di sini hari ini.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pemberian 500 kampit beras kepada semua 42 kawasan Dewan Negeri (DN) untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan. Nilai peruntukan untuk ini pula ialah RM304,500.

“Inisiatif seterusnya adalah sumbangan barangan keperluan bernilai RM50 kepada 1,500 orang dalam kalangan miskin tegar di negeri ini. Nilai peruntukan untuk bantuan ‘one-off’ ini ialah RM75,000.

“Kita turut memberi sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan bernilai RM50 kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negeri, melibatkan 3,975 orang dengan nilai peruntukan RM596,250,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: