Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

MB, EXCO PAHANG POTONG GAJI 10 PERATUS UNTUK TABUNG COVID-19 PAHANG

KUANTAN, 25 MAC 2020 : Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang terdiri daripada Menteri Besar dan barisan Exco bersetuju agar gaji mereka dipotong 10 peratus untuk Tabung COVID-19 Pahang.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, potongan itu akan dilakukan selama tiga bulan bermula April sehingga Jun 2020.

Menurutnya, keputusan itu diambil sebagai rasa bertanggungjawab dan simpati mereka terhadap rakyat daripada pelbagai latar belakang kaum, usia dan kerjaya yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama barisan Exco Negeri Pahang sewaktu mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang diadakan di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan, hari ini.

“Potongan ini akan disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung COVID-19 Pahang yang telah Kerajaan Negeri wujudkan.

“Semoga dengan potongan serta sumbangan kepada Tabung COVID-19 Pahang akan mendorong lebih banyak pihak untuk tampil dan turut menyumbang kepada tabung ini,” katanya menerusi satu kenyataan media, di sini hari ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: