Mayat Mohamad Loqman Hamka, 20, yang dipercayai lemas di Sungai Pahang sejak 11 hari lepas ditemui di Jeti Laman Lesung, Kg Batu Papan, Bera.

MAYAT MOHD LOQMAN DITEMUI SELEPAS 11 HARI

Oleh : Ain Nadhirah Basha

TEMERLOH, 08 DISEMBER 2020 : Mayat Mohamad Loqman Hamka, 20, yang dipercayai lemas di Sungai Pahang sejak 11 hari lepas ditemui di Jeti Laman Lesung, Kg Batu Papan, Bera, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Tuan Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, mayat mangsa ditemui terapung berhampiran jeti berkenaan kira-kira 8.10 pagi oleh orang awam.

“Mayat mangsa ditemui terapung dalam keadaan lengkap berpakaian dan mayat telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah , Temerloh untuk proses bedah siasat.

Jenazah Mohamad Loqman Hamka, 20, yang dipercayai lemas di Sungai Pahang sejak 11 hari lepas dibawa keluar selepas selesai proses bedah siasat.

“Ahli keluarga mangsa juga telah mengesahkan bahawa mayat adalah Mohamad Loqman Hamka,” katanya.

Beliau berkata, jarak mayat mangsa ditemui kira-kira 32 kilometer daripada tempat mangsa dipercayai terjatuh di Kampung Kuala Kujan, Jalan Triang, Temerloh.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik tersebut telah keluar ke sangkar ikan milik keluarganya pada 9.30 pagi 27 November lepas untuk melihat rawai yang dipasang sebelum dilaporkan hilang. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 2,333 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download