Anggota penyelamat membawa mayat salah seorang mangsa lemas di Lipis.

MAYAT DUA BERADIK LEMAS DITEMUI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Ihsan Bomba

LIPIS, 29 FEBRUARI 2020: Mayat dua beradik yang hilang selepas dibawa arus deras ketika beriadah di Taman Rekreasi Kampung Tanjung Gahai di sini, Khamis lalu ditemui pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, mayat Siti Suhaida Mohd Rosli, 15, ditemui kira-kira 1.5 kilometer (km) dari kawasan pada jam pada jam 8.40 pagi.

Anggota penyelamat membawa mayat salah seorang mangsa lemas di Lipis.

“Kakaknya pula, Siti Nur Hidayah Mohd Rosli, 19, ditemui pada jam 9.20 pagi kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mayat mangsa ditemui terapung dan tersangkut pada kayu serta sudah dihantar ke Hospital Lipis di sini untuk proses bedah siasat.

Pahang Media sebelum ini melaporkan, kedua-dua mangsa bersama tiga lagi adik beradik mereka dikatakan ke taman rekreasi di kampung itu bersama tiga lagi adik-beradik mereka kira-kira jam 4 petang.

Kedua-dua mangsa dikatakan bermain di gigi air dan secara perlahan bergerak ke tengah sungai, sebelum dibawa arus deras. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: