Masjid Taman Temerloh Jaya Diiktiraf Sebagai Masjid Cemerlang

YAB Menteri Besar (tengah) penerima anugerah pada Kemilau Program Masjid Gemilang Pahang (PMGP) 2019 di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang

KUANTAN : Bermula daripada masjid baharu yang serba serbi kosong dari segi ilmu pengurusan, jemaah Masjid Taman Temerloh Jaya berbangga apabila diiktiraf sebagai Masjid Cemerlang pada Kemilau Program Masjid Gemilang Pahang 2019.

Masjid berkenaan sebelum ini tular apabila dilaporkan penuh dengan jemaah setiap waktu solat meskipun pada waktu Subuh.

Pengerusinya, Dr. Haji Abdullah Ismail, 56, berkata, pihak pengurusan masjid berhasrat menyebarkan dakwah dan peranan institusi masjid kepada orang ramai sejak awal penubuhannya.

Masjid Taman Temerloh Jaya berbangga apabila diiktiraf sebagai Masjid Cemerlang pada Kemilau Program Masjid Gemilang Pahang 2019.

“Kami bermula daripada keadaan yang tak ada apa sebenarnya. Masjid ini sebuah masjid yang biasa, prasarananya biasa, kehadiran jemaahnya sedikit, malahan nama tidak ada.

”Jadi memang kita bina semua ini dari bawah tanpa tahu mengenai pertandingan ini kerana kita buat untuk masjid dan penduduk kita,” katanya pada majlis berkenaan.

Sijil pengiktirafan ini disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Kemilau Program Masjid Gemilang Pahang (PMGP) 2019 di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abdul Rahim Muda; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd. Johari Haji Hussain; dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH. Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha.

Dr. Haji Abdullah berkata, pihak pengurusan masjid merancang menggunakan duit yang diperolehi untuk meneruskan program kecemerlangan ini khususnya dalam pengurusan jemaah.

Masjid ini turut menerima pengiktirafan bagi kategori Panarafan Empat Bintang Program Masjid Gemilang Pahang 2019 kategori Masjid Taman/Felda/Ladang; Masjid Paling Imarah dan Masjid Prasarana dan Persekitaran Terbaik yang membawa pulang RM16,000 keseluruhan.

 

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: