Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mencemar duli meninjau lokasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

MASIH BANYAK KENDERAAN DI JALAN RAYA – SERI PADUKA

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 20 MAC 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah kesal kerana masih banyak lagi kenderaan berada di jalan raya walaupun terdapat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seri Paduka Baginda bertitah, hasil tinjauan mendapati masih banyak kenderaan dan ini sudah tentu tidak menunjukkan perkara yang baik.

“Saya harap ini dapat dikurangkan secepat mungkin kerana ia untuk kebaikan bersama masyarakat dan Malaysia khususnya di Kuala Lumpur.

“Di Lebuh Raya DUKE, masih banyak kenderaan dan tidak berkurangan,” titah Baginda ketika melalui beberapa lebuh raya di Kuala Lumpur hari ini yang disiarkan menerusi akaun Instagram Istana Negara.

Sebelum itu, baginda bersama anakanda bercemar duli meninjau beberapa lokasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan Raya sempena arahan PKP di sekitar Kuala Lumpur.

Seri Paduka juga menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang bertugas membendung wabak COVID-19. – PAHANG MEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: