Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali ketika melakukan pemantauan PKPP di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Bandar Indera Mahkota di Kuantan hari ini.

MASIH ADA MASYARAKAT BERSIKAP SAMBIL LEWA DALAM PEMATUHAN SOP

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 06 OKTOBER 2020: Masih terdapat segelintir masyarakat yang bersikap sambil lewa dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun telah diberi amaran berulang kali sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, masyarakat dilihat masih lagi tidak mengambil berat pematuhan SOP sejak kes COVID-19 menurun sebelum ini.

“Kita lihat masyarakat ambil lewa SOP terutamanya dari pematuhan jarak sosial mungkin kerana melihatkan kes jangkitan yang jatuh sebelum ini.

“Tetapi bila tiba-tiba ada kluster baharu, baru semua rasa cemas. Kita tidak mahu masyarakat hanya mengambil berat isu pematuhan SOP ini bila kes meningkat sahaja tetapi ia perlu dipatuhi setiap masa,” katanya ditemui selepas melakukan pemantauan di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

Pelajar sekolah mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka selepas waktu sekolah ketika tinjauan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali di sekitar Kuantan hari ini.

Beliau berkata, selain daripada penjarakkan sosial, beliau melihat isu catatan keluar masuk di premis juga menjadi isu di daerah ini.

“Jika berlaku perkara yang tidak di ingini, kita berdasarkan salah satunya butiran pada buku dan jika ia tidak dapat di baca atau tidak benar maka ia mendatangkan kesusahan kepada penguatkuasa untuk membuat tindakan selanjutnya.

“Jadi sekali lagi kita mahu memberi peringatan kepada pengusaha-pengusaha di semua tempat mesti mematuhi perkara ini dan elemen catatan buku, pengambilan suhu mesti ada tanpa gagal dan hand sanitizer, mesti ada,” katanya.

Tambah beliau lagi, dalam pematuhan SOP, pelajar juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan kompaun jika gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Pelajar juga tidak terkecuali daripada dikenakan kompaun, jadi kita minta janganlah sampai ke tahap itu kerana kita dah banyak kali nasihat, banyak kali amaran.

Beliau bagaimanapun memuji pematuhan pemakaian pelitup muka dalam kalangan masyarakat di daerah ini yang disifatkan sebagai terbaik setakat ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 91 total views

Please follow and like us:
error
error: