KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong berkenan bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, semalam.

MANGSA BANJIR TERHARU DIKUNJUNGI KDYMM YANG DI-DIPERTUAN AGONG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

MARAN, 6 JANUARI 2021: Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Maran teruja dan rasa terubat hati meskipun berhadapan dengan bencana berkenaan apabila dikunjungi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, semalam.

Bagi seorang mangsa banjir, Hamid Mohammad, 62, beliau tidak lena tidur semalam selepas dimaklumkan akan menerima kunjungan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Hamid Mohammad, 62,

“Apabila dapat tahu bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan melawat kami di sini, saya sangat gembira. Sedikit sebanyak kehadirannya dapat mengubat hati kami selepas berhadapan dengan bencana banjir ini,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini semalam.

Sebelum itu KDYMM Yang di-Pertuan Agong bercemar duli mendengar Taklimat Bencana Banjir Daerah Maran dan melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, di sini.

Keadaan Kampung Kuala Sentol di Maran selepas banjir.

Turut bercemar duli, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

Katanya, rumahnya di Kampung Baru Sungai Chedung di sini dinaiki air sejak Ahad lalu sebelum dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran di sini.

Ilyana Hakimi Ahmad Sabri, 35

Sementara itu, bagi seorang mangsa banjir di Kampung Kuala Sentol di sini, Ilyana Hakimi Ahmad Sabri, 35, kesempatan kali pertama dapat bersua dengan KDYMM Yang di-Pertuan Agong cukup menggembirakannya.

Katanya, dia hanya melihat KDYMM Yang di-Pertuan Agong di televisyen sebelum ini dan peluang dapat berjumpa dengan baginda cukup mengujakan.

“Saya lebih bersyukur kerana Seri Paduka Baginda turut menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di sini. Terima kasih kerana sudi menjenguk dan menghulurkan sumbangan,” katanya.

Rohaya Aman, 58.

Sementara itu, Rohaya Aman, 58, berharap lebih ramai sukarela dapat datang untuk membantu untuk membersihkan kawasan rumahnya yang dipenuhi lumpur.

“Sekarang air banjir sudah surut, namun makcik tidak balik rumah lagi, sebab memang tidak larat untuk membersihkan rumah. Harap lebih banyak sukarelawan dapat membantu,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 539 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download