MANGSA BANJIR PAHANG MENINGKAT 21,804 ORANG

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 06 JANUARI 2021 : Mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 21,804 orang setakat ini berbanding 18,976 orang pagi tadi yang paling melibatkan sepuluh daerah.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin dalam Laporan Bencana Banjir berkata kesemua mangsa banjir melibatkan 5,982 keluarga ini ditempatkan di 259 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut statistik yang dikeluarkan tersebut, Temerloh merekodkan jumlah pusat PPS aktif tertinggi iaitu sebanyak 47 buah yang menempatkan mangsa seramai 3,647 mangsa daripada 969 keluarga.

Ini diikuti oleh Maran dengan merekodkan 43 PPS aktif yang menempatkan 5,471 mangsa daripada 1,661 keluarga.

Di Lipis pula, sebanyak 40 PPS dibuka yang menempatkan 2,551 mangsa daripada 675 keluarga. Manakala di Raub sebanyak 35 PPS dibuka dengan 2,338 mangsa daripada 621 keluarga.

Sebanyak 35 PPS dibuka di Jerantut menempatkan 2,337 mangsa daripada 576 keluarga, dan di Kuantan, 30 PPS dibuka bagi 3,497 mangsa daripada 960 keluarga.

Sementara itu sebanyak 13 PPS menempatkan 499 mangsa daripada 134 keluarga dibuka di Pekan, sembilan PPS di Bera menempatkan 452 mangsa melibatkan 122 keluarga, selain tujuh PPS di Rompin menempatkan 1,012 mangsa daripada 264 keluarga.

Manakala setakat ini hany PPS di Bentong sahaja sudah pun ditutup . -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,576 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download