Oleh:Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
KUANTAN, 08 JANUARI 2021: Jumlah mangsa banjir di sembilan daerah di Pahang menurun sedikit daripada 26,889 daripada 7,256 keluarga pagi tadi kepada 26,356 mangsa daripada 7,206 keluarga setakat jam 8 malam ini.
Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa kini ditempatkan di 291 buah pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 290 pusat pagi tadi.
Daerah Temerloh paling teruk terjejas dengan 11,603 mangsa daripada 3,122 keluarga dipindahkan ke 85 PPS, diikuti Maran 2,994 mangsa daripada 824 keluarga dipindahkan ke 41 PPS dan Lipis pula dengan 2,421 mangsa daripada 641 keluarga dipindahkan ke 37 PPS.
Di Maran pula membabitkan seramai 2,994 mangsa melibatkan 824 keluarga ditempatkan di 41 PPS, Kuantan seramai 1,781 mangsa daripada 504 keluarga ditempatkan di 18 PPS dan Jerantut membabitkan seramai 1,749 mangsa daripada 494 keluarga membabitkan 29 PPS.
Daerah Raub pula mencatatkan seramai 1,889 mangsa daripada 496 keluarga ditempatkan di 32 PPS, diikuti Rompin seramai 636 mangsa daripada 179 keluarga ditempatkan di enam PPS dan di Bera seramai 1,383 mangsa daripada 379 keluarga ditempatkan di 13 PPS. – PAHANGMEDIA
1,095 total views, 3 views today