Gambar fail.

MANGSA BANJIR DI PAHANG TINGGAL 509 ORANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 19 JANUARI 2021: Hanya tinggal 509 mangsa banjir di negeri ini yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda Pahang yang kini semakin surut.

Jumlah yang direkodkan sehingga 2 petang itu melibatkan 129 keluarga yang ditempatkan di empat PPS yang masih beroperasi di daerah Kuantan dan Pekan.

Empat PPS yang masih beroperasi itu di adalah di Dewan Melati Penjara Penor dan Sekolah Kebangsaan Benut Rendang di Kuantan serta SK Temai dan Dewan PKB Padang Rumbia di Pekan.

Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kuantan menunjukkan jumlah mangsa tertinggi yang dipindahkan di PPS dengan iaitu seramai 380 orang daripada 90 keluarga manakala daerah Pekan dengan 129 mangsa daripada 39 keluarga.

Dua PPS di daerah Maran yang membabitkan seramai 22 mangsa daripada tujuh keluarga mula ditutup sejak pagi tadi. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download