MANGSA BANJIR DI PAHANG TERUS MENINGKAT, LEBIH 17,000 ORANG DIPINDAHKAN

KUANTAN, 5 JANUARI 2021: Keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila seramai 17,734 mangsa daripada 4,575 keluarga dipindahkan ke 251 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di 10 daerah di negeri ini.

Sehingga jam 11 pagi hari ini, daerah yang terjejas akibat banjir ialah Kuantan, Maran, Temerloh, Lipis, Raub, Jerantut, Rompin, Pekan, Bentong dan daerah terbaru dilanda bencana alam itu adalah Bera.

Daerah Maran paling teruk terjejas dengan 4,608 mangsa daripada 1,155 keluarga dipindahkan ke 34 PPS, Kuantan dengan 3,915 mangsa daripada 1,055 keluarga dipindahkan ke 36 PPS, diikuti daerah Lipis dengan 2,182 mangsa daripada 576 keluarga dipindahkan ke 42 PPS.

Di Jerantut pula, seramai 1,981 mangsa daripada 453 keluarga dipindahkan ke 38 PPS, di Raub seramai 1,851 mangsa daripada 497 keluarga dipindahkan ke 43 PPS manakala di Temerloh seramai 1,649 mangsa daripada 437 keluarga dipindahkan ke 28 PPS.

Di Rompin pula, seramai 954 mangsa daripada 252 keluarga dipindahkan ke 10 PPS, di Pekan seramai 320 mangsa daripada 82 keluarga dipindahkan ke 10 PPS, di Bentong seramai 132 mangsa daripada 32 keluarga dipindahkan ke tiga PPS manakala di Bera seramai 142 daripada 36 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS.

Dalam pada itu Jabatan Meteorologi Negeri Pahang mengeluarkan amaran peringkat kuning (waspada) dengan hujan lebat dijangka berlaku dibeberapa kawasan seperti di daerah Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 2,160 total views,  30 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download