Penduduk Kampung Acheh mengharungi banjir untuk keluar dari kawasan rumah mereka.

MANGSA BANJIR DI PAHANG TERUS MENINGKAT KEPADA 26,889

Oleh:Muhammad Shahrinnahar Abd Latib

KUANTAN, 08 JANUARI 2021: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 26,889 daripada 7,256 mangsa setakat jam 10 pagi berbanding seramai 24,033 mangsa daripada 6,405 keluarga malam tadi.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak sembilan buah daerah di negeri ini terlibat dengan bencana banjir iaitu Kuantan, Maran, Temerloh, Lipis, Raub, Jerantut, Rompin, Pekan dan Bera.

Daerah Temerloh paling teruk terjejas dengan 10,238 mangsa daripada 2,754 keluarga dipindahkan ke 68 PPS, diikuti Maran 3,678 mangsa daripada 1,005 keluarga dipindahkan ke 35 PPS dan Lipis pula dengan 2,528 mangsa daripada 664 keluarga dipindahkan ke 39 PPS.

Di Maran pula membabitkan seramai 3,678 mangsa melibatkan 1,005 keluarga ditempatkan di 35 PPS, Kuantan seramai 2,343 mangsa daripada 647 keluarga ditempatkan di 25 PPS dan Jerantut membabitkan seramai 2,066 mangsa daripada 538 keluarga membabitkan 31 PPS.

Foto-FB Polis Kuantan

Daerah Raub pula mencatatkan seramai 2,014 mangsa daripada 533 keluarga ditempatkan di 33 PPS, diikuti Rompin seramai 1,002 mangsa daripada 263 keluarga ditempatkan di lapan PPS dan di Bera seramai 1,255 mangsa daripada 333 keluarga ditempatkan di 12 PPS. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download