MANGSA BANJIR DI PAHANG TERUS BERKURANGAN

KUANTAN, 11 JANUARI 2021: Cuaca baik sejak semalam menyaksikan mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 20,757 mangsa setakat jam 8 malam berbanding pagi tadi seramai 22,911 mangsa.

Kesemua mangsa banjir berkenaan membabitkan 5,693 keluarga yang ditempatkan di 208 pusat pemindahan sementara (PPS) dari sembilan daerah yang dilanda banjir

Berdasarkan Info Bencana JKM, Temerloh mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 11,039 mangsa daripada 2,988 keluarga ditempatkan di 75 PPS.

Ia diikuti Maran 2,224 mangsa daripada 628 keluarga dipindahkan ke 31 PPS dan Pekan pula dengan 2,762 mangsa daripada 781 keluarga dipindahkan ke 36 PPS.

Di Lipis pula membabitkan seramai 1,149 mangsa melibatkan 320 keluarga ditempatkan di 14 PPS, Raub seramai 636 mangsa daripada 193 keluarga ditempatkan di 13 PPS dan Jerantut membabitkan seramai 556 mangsa daripada 162 keluarga membabitkan 14 PPS.

Daerah Bera pula mencatatkan seramai 1,617 mangsa daripada 451 keluarga ditempatkan di 16 PPS, diikuti Kuantan seramai 749 mangsa daripada 163 keluarga ditempatkan di lapan PPS dan di Rompin seramai 25 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di satu PPS. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 914 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download