MANGSA BANJIR DI PAHANG TERUS BERKURANGAN KEPADA 22,911 ORANG

KUANTAN, 11 JANUARI 2021: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menunjukkan penurunan kepada 22,911 mangsa setakat jam 12 tengah hari ini berbanding malam tadi seramai 23,961 mangsa.

Kesemua mangsa banjir berkenaan membabitkan 6,221 keluarga yang ditempatkan di 234 pusat pemindahan sementara (PPS) dari sembilan daerah yang dilanda banjir.

Berdasarkan Info Bencana JKM, Temerloh mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 11,109 mangsa daripada 3,011 keluarga ditempatkan di 76 PPS.

Ia diikuti Maran 2,802 mangsa daripada 783 keluarga dipindahkan ke 35 PPS dan Pekan pula dengan 2,662 mangsa daripada 757 keluarga dipindahkan ke 34 PPS.

Di Lipis pula membabitkan seramai 1,706 mangsa melibatkan 437 keluarga ditempatkan di 20 PPS, Raub seramai 1,145 mangsa daripada 316 keluarga ditempatkan di 22 PPS dan Jerantut membabitkan seramai 1,090 mangsa daripada 296 keluarga membabitkan 20 PPS.

Daerah Bera pula mencatatkan seramai 1,586 mangsa daripada 440 keluarga ditempatkan di 16 PPS, diikuti Kuantan seramai 748 mangsa daripada 163 keluarga ditempatkan di lapan PPS dan di Rompin seramai 63 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di tiga PPS. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 604 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download