MANGSA BANJIR DI PAHANG MENURUN 23,961

KUANTAN, 10 JANUARI 2021: Cuaca baik sejak semalam menyaksikan mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 23,961 mangsa setakat jam 9 malam berbanding pagi tadi seramai 26,242 mangsa.

Kesemua mangsa banjir berkenaan membabitkan 6,454 keluarga yang ditempatkan di 241 pusat pemindahan sementara (PPS) dari sembilan daerah yang dilanda banjir.

Berdasarkan Info Bencana JKM, Temerloh mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 11,210 mangsa daripada 3,038 keluarga ditempatkan di 78 PPS.

Ia diikuti Maran 3,107 mangsa daripada 835 keluarga dipindahkan ke 36 PPS dan Pekan pula dengan 2,571 mangsa daripada 728 keluarga dipindahkan ke 33 PPS.

Di Lipis pula membabitkan seramai 2,028 mangsa melibatkan 518 keluarga ditempatkan di 25 PPS, Raub seramai 1,472 mangsa daripada 399 keluarga ditempatkan di 22 PPS dan Jerantut membabitkan seramai 1,098 mangsa daripada 297 keluarga membabitkan 20 PPS.

Daerah Bera pula mencatatkan seramai 1,574 mangsa daripada 437 keluarga ditempatkan di 16 PPS, diikuti Kuantan seramai 701 mangsa daripada 153 keluarga ditempatkan di lapan PPS dan di Rompin seramai 200 mangsa daripada 49 keluarga ditempatkan di tiga PPS. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 795 total views,  15 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download