YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) meninjau keadaan banjir di Taman Amalina Perdana, Raub baru-baru ini.

MANGSA BANJIR BERSYUKUR TERIMA SUMBANGAN RM500 DARIPADA KERAJAAN PAHANG

Oleh: Fairus Mohd

PEKAN, 18 FEBRUARI 2021: Pemberian bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) atau rumah saudara-mara berikutan banjir pada Januari lalu oleh Kerajaan Pahang amat disyukuri mangsa yang terlibat.

Seorang mangsa dari Kampung Temai Hilir, Puan Suadziah Harun, berterima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri kerana memahami kesukaran yang dialami mangsa banjir.

Puan Suadziah Harun

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diumumkan. .. Dapatlah kami mangsa membiayai keperluan-keperluan selepas banjir.

“Sumbangan itu juga dapat digunakan ketika kami masih terkesan akibat penularan wabak COVID-19 ketika ini termasuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Bagi Penghulu Mukim Temai, Encik Mohd Zulkifli Muda pula, sumbangan berkenaan disifatkan sebagai satu inisiatif yang sangat baik dari Kerajaan Negeri.

“Sumbangan ini adil bagi saya kerana yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pun dapat.

Encik Mohd Zulkifli Muda

“Sekarang musim wabak, jadi ada yang tidak sesuai tinggal di PPS dan terpaksa pindah di rumah anak atau saudara mara seperti pesakit kronik.. Alhamdulillah, Kerajaan Pahang tetap beri sumbangan,” katanya.

Semalam, Kerajaan Pahang bersetuju memberi sumbangan tunai RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta rumah saudara-mara, susulan terkesan bencana banjir pada Januari lepas.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan tunai dengan nilai sama juga akan diberikan kepada peniaga-peniaga di gerai-gerai dan rumah kedai-rumah kedai, yang turut mengalami bencana sama di seluruh negeri.

Beliau berkata, jumlah kesemua penerima ialah 18,726 orang melibatkan peruntukan kira-kira RM9.4 juta dan keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang dipengerusikan beliau pagi semalam. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download