YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

MAKLUM SUK DAN JKN JIKA MAHU SALUR BANTUAN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 27 MAC 2020: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang ingin menghulurkan sebarang bantuan termasuk bungkusan makanan perlu memaklumkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang serta Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan makanan yang disumbangkan tidak tercemar serta tidak berlaku kontak.

“Kita ada menerima pemohonan daripada banyak NGO, orang perseorangan serta syarikat yang ingin membantu bukan sahaja untuk pasukan kesihatan tetapi juga pasukan keselamatan.

“Malah ada yang menghantar makanan. Terima kasih banyak-banyak tetapi
sekiranya ada sesiapa yang ingin bekal makan kepada petugas sila pastikan bekalan itu tidak tercemar dan jika dari pembekal makanan masak pastikan mendapat kelulusan daripada JKN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melihat penghasilan peralatan perlindungan diri (PPE) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Dato’ Sri Dr. Sallehuddin berkata, selain petugas barisan hadapan, beberapa pihak lain turut perlu diberi perhatian dalam menyalurkan bantuan iaitu termasuk yang ditempatkan pusat kuarantin di beberapa daerah bagi menempatkan pesakit dalam siasatan (PUI).

“Setakat ini kita ada tiga pusat kuarantin di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan(I-KPKT) di Bukit Tinggi dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Jerantut.

“Sekiranya ada sesiapa yang menyumbang boleh pergi ke sana kerana mereka memerlukan perhatian. Rata-rata terpaksa berkurung di dalam bilik. Jadi jika ada sumbangan jangan lupa kumpulan ini,” katanya.- PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: