Majlis penyerahan sumbangan Kerajaan Selangor kepada Kerajaan Pahang yang diadakan secara dalam talian.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANJIR SECARA DALAM TALIAN

KUANTAN, 26 JANUARI 2021: Majlis sumbangan bantuan banjir oleh Kerajaan Selangor kepada Kerajaan Pahang hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila diadakan secara dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam perkongsian di laman sosial Facebook Menteri Besar Pahang hari ini menyaksikan Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari melakukan gimik menyerahkan replika cek secara dalam talian kepada YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari melakukan gimik menyerahkan replika cek secara dalam talian kepada YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Difahamkan YAB Dato’ Seri Amirudin berada di pejabatnya di Selangor manakala YAB Dato’ Sri Wan Rosdy berada di Wisma Sri Pahang di sini.

Sementara itu, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri pimpinannya memberi sumbangan RM1 juta kepada Pahang.

“Ini sebagai perbelanjaan bagi meringankan beban penduduk negeri ini yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini. Walaupun hanya dapat bersemuka secara atas talian demi mematuhi PKP, namun ia amat bermakna.

“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas keprihatinan Menteri Besar Selangor,” katanya.

Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak dan YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download