KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong bersama anakanda baginda berdua dan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang membacakan surah Yassin secara sidang video antara Istana Negara di Kuala Lumpur dan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan pada Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Sempena Genap Setahun Kemangkatan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah, petang tadi.

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA GENAP SETAHUN KEMANGKATAN ALMARHUM KDYMM SULTAN HAJI AHMAD SHAH

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 22 Mei 2020 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan membaca surah Yassin pada Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Sempena Genap Setahun Kemangkatan Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’yatuddin Al-Muadzam Shah, hari ini.

Baginda turut diiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan anakanda baginda.

Majlis yang berlangsung secara sidang video itu berlangsung di Istana Negara dan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di Kuantan.

Selepas selesai bacaan Yassin itu, baginda sekeluarga turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam khususnya rakyat di Negeri Pahang.

Baginda juga mengingatkan agar semua rakyat dapat menjaga kesihatan diri masing-masing pada sambutan Aidilfitri nanti.

“Jagalah kesihatan diri, kesihatan keluarga, jiran-jiran, masyarakat setempat dan khususnya rakyat saya di Negeri Pahang,” titah baginda.

Majlis bacaan Yassin dan tahlil itu diketuai oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Seri Dr. Abdul Rahman Othman dan turut disertai Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha dan Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, YH Dato’ Badli Shah Alauddin. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download