Lima lelaki dibawa mahkamah selepas melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pekan hari ini

LIMA LAGI INDIVIDU DIDENDA LANGGAR PKP

Oleh: Fairus Mohd

PEKAN, 31 MAC 2020: Masih tidak ambil pengajaran dan ingkar arahan, lima lagi individu dituduh di Mahkamah Majistret Pekan hari ini atas kesalahan sama iaitu gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tiga lelaki ditangkap di sebuah bengkel di Felda Chini 1 ketika sedang leka membaiki motosikal masing-masing pada waktu operasi yang tidak dibenarkan. Seorang ditangkap di sekatan jalan di sekatan jalan raya KM 12 Jalan Kuantan-Pekan dan seorang lagi di Kampung Sepaku kerana gagal memberi alasan munasabah ketika ditahan pihak berkuasa.

Kelima-limanya membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan kerana perbuatannya dipercayai dengan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan perlanggaran Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Semua tertuduh didakwa mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Majistret Azizah Ahmad kemudiannya memerintahkan setiap tertuduh membayar denda RM1,000 dan menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhalimatun Saadiah Abdullah manakala semua tertuduh diwakili peguam Ahmad Zamir Zamri daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: