Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan kunci rumah PPR kepada Encik Mohd Yunus Mustaffar (kiri) pada Majlis ringkas penyerahan surat tawaran dan kunci rumah PPR di Pulau Tioman, Rompin hari ini.

LIMA KELUARGA BERSYUKUR HASRAT MILIKI RUMAH BAHARU TERCAPAI

ROMPIN, 22 JULAI 2020: Seramai lima keluarga di Kampung Tekek, Pulau Tioman bersyukur kerana penantian untuk memiliki rumah baharu akhirnya tercapai.

Empat daripada mereka menerima surat tawaran Projek Perumahan Rakyat (PPR), manakala satu keluarga menerima kunci rumah PPR daripada Kerajaan Pahang hari ini.

Penerima kunci rumah, Encik Mohd Yunus Mustaffar, 60, berkata, dia amat bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantunya untuk memiliki rumah baharu.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan surat tawaran rumah PPR kepada Puan Jamaliah Othman (kiri) pada majlis ringkas penyerahan surat tawaran dan kunci rumah PPR di Pulau Tioman, Rompin hari ini.

Menurutnya, perasaannya terharu kerana tidak pernah terfikir dapat rumah baharu berbanding rumahnya lamanya yang sudah rosak.

Katanya, dia yang bekerja sebagai nelayan kecil dapat membeli rumah itu hasil wang yang dikumpul selama lima tahun.

“Saya ni boleh dikatakan sudah lewat untuk terima kunci kerana saya penerima fasa pertama. Saya kumpul duit sedikit demi sedikit selama lima tahun dan selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) saya pun membuat pembayaran kepada Bahagian Perumahan.

“Alhamdulillah urusannya senang dan tak banyak masalah. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pahang, YAB Menteri Besar dan YB Jo (YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Hussain),” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP) selepas majlis tersebut.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan sumbangan khas peralatan sukan angkat berat bernilai RM5,000 kepada Sekolah Menengah Tekek di Pulau Tioman, Rompin hari ini.

Penyerahan surat tawaran dan kunci rumah itu dilaksanakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu majlis ringkas sebelum mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan bermula.

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak; barisan Exco Kerajaan Pahang dan Setiausaha Bahagian Perumahan Pejabat SUK, YH Dato’ Azlan Mohd Yaman.

Bagi penerima surat tawaran PPR, Puan Jamaliah Othman, 59, menyifatkan penantiannya selama setahun untuk memiliki rumah itu akhirnya berbaloi.

Menurutnya keadaan rumahnya yang terletak di laluan utama di Kampung Tekek tidak berapa sesuai untuk didiami.

“Alhamdulillah dapat juga saya rumah ini. Terima kasih kepada Kerajaan Pahang kerana membantu saya,” katanya.

Pegawai Bahagian Perumahan Pejabat SUK Pahang (kanan) menerangkan sesuatu kepada penerima surat tawaran rumah PPR di Pulau Tioman, Rompin, hari ini.

Sementara itu, YH Dato’ Azlan ketika ditemui menjelaskan semua penerima rumah ini dipilih berdasarkan keputusan Jawatankuasa Pemilihan selepas mereka menghantar permohonan.

Menurutnya, penerima pada ada hari ini adalah kumpulan terakhir daripada 116 penerima rumah PPR di seluruh Tioman.

“Untuk Kampung Tekek ini masih ada tiga lagi kekosongan dan kita akan tawarkan secepat mungkin,” katanya.

Pada majlis itu juga, Kerajaan Pahang turut menyerahkan sumbangan khas peralatan sukan angkat berat bernilai RM5,000 kepada Sekolah Menengah Tekek.-PAHANGMEDIA

#MajuTerusPahang
#Pahang1st

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: