Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri kepada Gerakan Belia 4B Pahang.

LENGKAPKAN ILMU AGAMA AGAR MENJADI PEMIMPIN YANG MANTAP AKHLAK

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 7 DISEMBER 2020: Kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Pahang diingatkan agar sentiasa melengkapkan diri mereka dengan ilmu agama sebanyak mungkin supaya dapat menjadi seorang pemimpin yang mantap akhlaknya dari segi jasmani dan rohani.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, mereka juga diminta agar sentiasa menghormati orang-orang lama lebih-lebih lagi mereka yang telah berjasa kepada golongan belia di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff

“Hormati dan hargailah orang-orang lama, belajar daripada pengalaman mereka, janganlah kita sombong dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

“Untuk menjadi pemimpin yang baik kita hendaklah memimpin diri kita terlebih dahulu. Belajarlah ilmu sebanyak yang mampu… Lengkaplah ilmu agama di dada agar menjadi pemimpin yang mantap akhlaknya dari segi jasmani dan rohani.

“Pimpinlah keluarga hingga berjaya dalam urusan dunia dan akhirat, pastikan diri kita juga mempunyai sifat yang baik lagi terpuji,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Pahang di Lis Na Rae Resort, Kampung Sungai Ular di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Alumni 4B Pahang juga Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad; Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Sdr. Wan Emril Wan Embung dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Pahang, Sdr. Nor Aliff Yaakob.

Beliau turut menyeru semua kepimpinan Belia 4B agar terus bersatu padu, kembali kepada landasan perjuangan yang sebenar dan bekerja keras untuk membantu anak-anak muda.

“Pertahankan Kerajaan Pahang yang terbukti sebuah kerajaan yang adil dan memartabatkan agama Islam malah telah menjaga semua lapisan masyarakat di negeri ini,” katanya.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM10,000 kepada Gerakan Belia 4B Pahang untuk kegunaan aktiviti mereka. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 860 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download