Antara wakil media yang menerima sumbangan penutup hidung dan mulut.

LEBIH 3,000 UNIT PENUTUP HIDUNG DAN MULUT DIAGIHKAN KEPADA MEDIA

KUANTAN, 24 APRIL 2020: Lebih 3,000 unit topeng penutup hidung dan mulut diagihkan oleh Persatuan Ekonomi Maritim Malaysia kepada wakil media di negeir ini yang juga merupakan petugas barisan hadapan.

Timbalan Pengerusi persatuan berkenaan, Dato’ Sri Chong Chin Fung berkata, sumbangan ini bagi membantu pihak media yang peralatan perlindungan diri itu mencukupi untuk kegunaan seharian.

“Selepas penularan wabak itu semakin teruk, kita juga telah bekalkan penutup mulut dan hidung kepada petugas barisan hadapan termasuk pasukan kesihatan dan pasukan keselamatan.

“Bantuan ini diteruskan kepada pihak media kerana memahami mereka turut memerlukan penutup mulut dan hidung ini untuk membuat liputan berita khususnya di lokasi berisiko tinggi,” katanya di sini, semalam.

Katanya lagi, bantuan itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam membantu kerajaan menyediakan penutup mulut dan hidung kepada pihak yang memerlukan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download