Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, YH Dato' Sri Hj Ab Hamid Nazahar menyampaikan sumbangan kepada nelayan di Peramu, Kuantan hari ini.

LEBIH 10,000 SUKARELAWAN UMNO PAHANG TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 08 JANUARI 2021: UMNO Pahang telah menggerakkan kira-kira 10,000 sukarelawannya untuk membantu mangsa banjir sejak dari awal bencana itu berlaku di Negeri Pahang.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Hj Ab Hamid Nazahar berkata, pada masa ini sukarelawan UMNO Pahang yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO Bahagian-Bahagian termasuk ketiga-tiga sayapnya iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri sedang bertungkus-lumus membantu mangsa.

“Dalam suasana banjir kali ini kita dapat lihat ahli-ahli UMNO di setiap Bahagian termasuk ketua kampung semua turun untuk membantu mangsa banjir di seluruh Pahang.

Ahli Pergerakan Puteri UMNO Maran membantu membersihkan rumah mangsa di Maran. Ihsan Puteri Maran.

“Kira-kira 10,000 sukarelawan bersama-sama pimpinan Menteri Besar sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan untuk membantu mangsa banjir,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) pada Majlis Penyampaian Bantuan Nelayan Sempena Musim Tengkujuh di Dewan Peramu di sini hari ini.

Beliau berkata, sukarelawan UMNO telah menumpukan untuk membantu mangsa di kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air banjir sehingga menyebabkan kesukaran kepada mangsa banjir.

“Untuk itu, sukarelawan UMNO sampai lebih awal untuk memberi keselesaan kepada mangsa di PPS di kawasan ini seperti menghantar barang keperluan asas kepada mangsa-mangsa dan menyediakan keperluan untuk mereka.

“Selepas ini pula kita akan bantu pada membantu kerja pembersihan pasca banjir dengan memberi tumpuan kepada bantuan membersihkan kediaman mangsa selepas banjir surut sepenuhnya.

“Kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan Pegawai Daerah yang banyak memberi sokongan kepada sukarelawan UMNO untuk membantu mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, lebih 500 nelayan di daerah Kuantan menerima sumbangan daripada UMNO Pahang berikutan tidak dapat keluar menangkap ikan kerana musim tengkujuh.

“Sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban nelayan yang terjejas dan membuktikan bahawa UMNO Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sangat prihatin terhadap nasib semua rakyat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download