Larangan Mendaki Dan Riadah Musim Monsun Timur Laut

Oleh Shahrinnahar Latib

KUANTAN: Semua aktiviti riadah di pusat rekreasi dan aktiviti mendaki bukit serta gunung di negeri ini tidak dibenarkan sama sekali sepanjang tempoh musim Monsun Timur Laut ini.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, tindakan ini diambil bagi tujuan mengurangkan kesan-kesan buruk ketika melakukan aktiviti berkenaan.

“Segala kegiatan seperti perkhemahan, mandi-manda, menyelam sama ada di kawasan air terjun, tasik dan pantai adalah tidak dibenarkan.

“Fenomena kepala air boleh berlaku di kesemua kawasan air terjun, paras air tasik juga boleh meningkat, fenomena air pasang dan ombak besar bakal berlaku pada bila-bila masa dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak membenarkan segala aktiviti pendakian bukit atau gunung sama ada secara persendirian atau berkumpulan dalam kawasan yang dikawal pihak Kerajaan Negeri.

“Pihak berkuasa tempatan dan jabatan yang berkaitan perlu meningkatkan aspek keselamatan dan pemantauan terutama pada musin cuti sekolah disamping meletakkan papan tanda amaran, peringatan.

“Larangan ini akan bermula 20 November ini sehingga 20 Januari tahun hadapan atau sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Disamping itu juga, cuti pegawai dan kakitangan di negeri ini dibekukan sehingga 20 Januari tahun depan,” katanya.



 56 total views,  2 views today

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: