Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

LAPAN ANAKANDA KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA DARJAH KEBESARAN PAHANG

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Mohd Mahathir Mohd Ali

PEKAN, 15 OGOS 2020 : Lapan anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah merupakan penerima darjah kebesaran pada Istiadat Pengurniaan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Pahang daripada 58 penerima di Istana Abu Bakar Pekan, di sini, hari ini.

Istiadat pengurniaan disempurnakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah berkenan memotong pulut kuning sambil diiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan anakanda baginda sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-61 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Anakanda Seri Paduka, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendahului senarai penerima dengan pengurniaan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri, bersama kekandanya Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lima lagi anakanda Seri Paduka menerima darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato’ Indera iaitu Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagi penerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri pula didahului oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, YB. Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man bersama 15 penerima lain iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, Yang Arif Datuk Hasnah Dato’ Mohammed Hashim; Pengarah Urusan Amara Investment Management Sdn Bhd, YH. Dato’ Johan Tazrin Hamid Ngo; Pengarah Urusan Kumpulan Bharat, YH. Dato’ Indera Vinod Kumar Agarwal; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Muez Abd Aziz dan Pengerusi Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

Penerima SSAP lain ialah Ketua Pengarah Kastam Malaysia, YH. Dato’ Abdul Latif Abdul Kadir; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YH. Dato’ Mohammad Hamdan Wahid; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, YH. Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil; Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, YH CP Dato’ Abd Rahim Jaafar dan Ketua Polis Pahang, YH CP Dato’ Abd Jalil Hassan.

Turut menerima SSAP ialah Pengarah Urusan Ri-Yaz Hotels & Resorts, YH. Dato’ Mohammed Shaheen Shah Mohd Sidek; Ketua Eksekutif Kumpulan Marmaz Group Holding, Yang Berbahagia Dato’ Marajoh Unding; Pengerusi Eksekutif JRK Holdings Berhad, YH. Dato’ Kwan Aik Khai; Pengarah Jadeline Exchange Sdn Bhd, Encik Jajakhan Kader Gani dan Pengarah Urusan Bergamo Design (M) Sdn Bhd, Encik Vijayendren A/L Kuppusamu.

Manakala, YH. Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad bin Al-Marhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah pula mendahului pengurniaan darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato’ Indera diikuti Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Yh. Dato’ Ahmad Fadil Shamsuddin dan mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Dr. Shahnaz Murad.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan pingat darjah kebesaran Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’ kepada lapan penerima iaitu Pengarah Gading Sari Plantation Sdn Bhd, Yang Mulia Tengku Rizal Razak Tengku Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd. Rahim Muda dan YH. Mulia Tok Muda Lt Kol Tengku Mohd Najirulzamal Tengku Jamaluddin Datuk Paduka Lela.

KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Di Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, YB Abd. Rahim Bin Muda.

Penerima DSAP lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Pasir Pahang Berhad, Lt Kol (B) Haji Nor Hashim Abdul Aziz; Pakar Perunding Kardiologi Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Dr. Nik Halmey Nik Zainal Abidin; Pengerusi Eksekutif Persada Prosper Sdn Bhd, Encik Abdul Murshidin Peer Bux; Head of Country – Malaysia Leonardo, Encik Edward R G M Unwin dan Peguambela dan Peguamcara Arthur Wang, Lian & Associates, Encik Wang Ming Way.

Sementara itu, seramai 17 individu menerima darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ didahului Juruiring Tentera Laut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Berbahagia Laksamana Pertama (LAKSMA) Dato’ Sharum Shaim diikuti Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Encik Nor Hisham Mohammad; Timbalan Mufti Negeri Pahang, Sahibul Fadhillah Tuan Haji Abdul Zaki Md. Zain.

Turut menerima DIMP ialah Juruiring Tentera Darat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Brigedier Jeneral Zahari Mohd Ariffin; Asistan Ketua Staff Operasi dan Strategi Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Roslan Mohd Yunus; Juruiring Tentera Udara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Brigadier Jeneral Mohamed Zahari Dato’ Haji Yahya; Ketua Penolong Pengarah D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Rusdi Mohd Isa; Juruiring Polis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, SAC Yahaya Othman dan Juruiring Perdana Menteri, SAC Yusni Mohd Jamil.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd. Razak dan isteri serta Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan isteri ketika menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-61 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Penerima DIMP lain ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Puan Suhana Abd. Malek; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Tanah Makmur Berhad, Encik Shahrul Nizam Abdul Aziz; Pengerusi Eksekutif Borneo Natural Stone Sdn Bhd, Encik Mohd Ishak Ayub dan Setiausaha kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Puan Rosina Othman.

Turut menerima DIMP ialah Pengarah Urusan Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd, Encik Shamsul Kamar Samsudin; Timbalan Pengerusi MIC Negeri Pahang, Encik Muniamdy A/L Kannan; Pengarah SB Logistics Sdn Bhd, Encik Mok Chuang Kiang dan pesara guru, Tuan Haji Ahmad Haji Wahid.

Selain itu, pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) dikurniakan kepada tiga penerima iaitu Superintendan Mohd Zairi Badderul @ Badrol, Encik Mohd Faidz Sanusi dan Puan Yusnani Zakaria.

Manakala pingat Setia Mahkota Pahang (SMP) juga dikurniakan kepada tiga penerima iaitu Dr. Rahimah Ibrahim, Encik Lim Kean Fei dan Encik Balakrishnan A/L Raju. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: