YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak

LANGKAH-LANGKAH TAMBAHAN MENDEPANI ANCAMAN COVID-19 DI NEGERI PAHANG

KUANTAN, 7 OKTOBER 2020: Bermula hari ini sehingga 22 Oktober ini semua jabatan di Negeri Pahang tidak digalakkan mengadakan sebarang perhimpunan atau acara melebihi 100 orang pada satu-satu masa.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, dalam tempoh itu juga warganya tidak digalakkan menghadiri majlis, program, seminar, bengkel, lawatan kerja, latihan dan mesyuarat di luar Negeri Pahang.

Beliau berkata, semua jabatan di negeri ini juga tidak digalakkan mengadakan mesyuarat atau apa-apa program yang melibatkan pihak-pihak dari luar Negeri Pahang dalam tempoh tersebut.

“Pada ketika ini, Negeri Pahang mencatatkan peningkatan kadar jangkitan COVID-19 namun keadan adalah terkawal,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang berkata, bagi mengetatkan lagi prosidur operasi standard (SOP), semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dikehendaki menguatkuasaan had bilangan pengunjung ke restoran-restoran mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikemaskini 11 September 2020.

“Sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan serta-merta,” katanya.

Bagaimanapun beliau juga menjelaskan semua masjid yang telah ditutup bermula 25 September lalu sudah boleh dibuka semula memandangkan tiada penularan baharu di lokaliti tersebut.

Manakala katanya lagi, kelab-kelab golf dinasihati hanya membenarkan ahli-ahli sahaja bermain. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 734 total views

Please follow and like us:
error
error: