Program 1 Warga 1 Ikan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan-Pertandingan Sempena Kuantan Bandaraya Lestari di sempurnakan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan, YH. Dato' Hamdan Hussin di Mini Zoo Teruntum, Kuantan hari ini.

LALUAN JOGING DIBINA DI TAMAN TASIK PASIF TAHUN HADAPAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim.

KUANTAN, 23 NOVEMBER 2020: Laluan joging sepanjang dua kilometer akan di bina di Taman Tasik Lestari pada awal tahun hadapan bagi mengurangkan kesesakan di taman-taman sedia ada di sini.

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata, pembinaan ini adalah sebagai langkah menjenamakan semula taman ini yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Tasik Pasif.

“Usaha ini bukan sekadar menjenamakan daripada segi nama sahaja tetapi kita juga ada perancangan membangunkan kemudahan awam di taman tersebut seperti laluan joging dan taman-taman permainan.

“Kemudahan awam ini yang disediakan untuk penduduk Kuantan supaya dapat terus mengadakan gaya hidup sihat,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar selepas Program Satu Warga Satu Ikan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Kuantan Sebagai Bandaraya Lestari di Zoo Mini Teruntum, di sini, hari ini.

Beliau berkata, laluan jogging ini akan dijalankan seperti mana laluan yang ada di Taman Gelora di sini.

“Sekarang kita dah selesai dari segi reka bentuk dan kita akan fokus kepada pembinaan laluan joging ini dan penanaman pokok-pokok selepas ini.

“Pegawai dari Jabatan Landskap kita juga baru selesai menyiapkan reka bentuk landskap untuk diangkat permohonan peruntukan kepada Jabatan Landskap Negara,” katanya.

Menurut beliau, aktiviti Night Zoo di zoo ini dihentikan buat sementara waktu berikutan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang dijalankan kini.

“Disebabkan PKP yabg dijalankan, kita terpaksa memberhentikan buat sementara waktu aktivit Night Zoo yang kita lancarkan awal tahun ini.

“Dan sekarang aktiviti zoo hanya dijalankan pada sebelah siang sahaja. Hujung minggu dan setiap hari memang zoo ini dibuka untuk kunjungan orang ramai,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download