Lagu Negaraku Selain Bahasa Melayu Tindakan Provokasi

Ain Nadhirah Basha

KUANTAN : Tindakan menyanyikan lagu Negaraku menggunakan bahasa selain Bahasa Melayu disifatkan sebagai tindakan provokasi kepada rakyat negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, tindakan berkenaan adalah tidak perlu dilakukan sebagai langkah menjaga keharmonian negara.

“Benda itu (menyanyi Negaraku dalam bahasa lain) tidak perlu. Mereka saja nak provokasi. Kita sudah ada bahasa kebangsaan kita, Bahasa Melayu.

“Kita sudah menyanyi dalam bahasa Melayu dari dulu, kenapa baru hari ini nak ubah. Sebagai contoh, di Singapura pun menyanyikan lagu kebangsaan mereka dalam Bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui selepas Program Moh Bersunat Weh di Hospital Pakar KPJ Pahang, Tanjung Lumpur di sini, Ahad lalu.

Beliau berkata, sekiranya berlaku kejadian sedemikian di negeri ini, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan segera.

“InsyaAllah di sini (Pahang) tidak akan berlaku perkara sedemikian. Tetapi kalau ada, kita akan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan segera,” katanya.

Baru-baru ini tular murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam versi Mandarin.

Menerusi video berdurasi 1.22 minit itu kelihatan murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku secara beramai-ramai di dalam kelas tetapi tidak diketahui lokasi dan bila rakaman itu dibuat.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: