Pelajar KYP yang terbabit dalam Program Jalinan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Jempol, Maran.

KYP ANJUR PROGRAM JALINAN KASIH

KUANTAN, 3 MAC 2020: Kolej Yayasan Pahang (KYP) menganjurkan Program Jalinan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Jempol, Maran baru-baru ini.

Program anjuran bersama Persatuan Young Planters Society dan Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) itu turut mendapat kerjasama penuh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Sentul dan beberapa agensi lain.

Pelajar KYP mengecat bangunan dalam Program Jalinan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Jempol, Maran.

Pelbagai program telah dijalankan pada program berkenaan seperti penanaman nanas MD2, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, pertandingan mewarna, mengecat bangunan tabika dan sukaneka di samping perlawanan persahabatan bola sepak.

Program sehari ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin merangkap ADUN Kuala Sentul.

Turut hadir ialah Pengarah Akademik Kolej Yayasan Pahang, Nazatul Niza Nordin dan Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Pahang, Mohamad Fauzan Mohd. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: