KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima sumbangan zakat harta pada Majlis Serahan Zakat di Istana Abdulaziz, Kuantan.

KUTIPAN ZAKAT HARTA PAHANG RM112.3 JUTA

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 9 DISEMBER 2020: Jumlah kutipan zakat harta di negeri ini sehingga 30 November lalu berjumlah RM112.3 juta iaitu peningkatan sebanyak 4.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu berjumlah RM107.1 juta.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, jumlah pembayar zakat juga meningkat daripada 83,723 individu pada tahun lalu kepada 85,326 individu pada tahun ini.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

“Penyumbang terbesar bagi kutipan zakat adalah daripada potongan gaji iaitu sebanyak RM54.1 juta dan bayaran daripada badan-badan korporat serta sektor perniagaan dengan sumbangan sebanyak RM28.3 juta,” titah baginda demikian dalam satu kenyataan media sempena Majlis Serahan Zakat di Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Baginda selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertitah, dijangkakan kutipan zakat dapat dicapai sebanyak RM150 juta berbanding kutipan 2019 sebanyak RM143.4 juta.

“MUIP melalui PKZ Pahang ingin mengingatkan semua umat Islam agar segera menunaikan ibadah zakat melalui pelbagai kaedah bayaran zakat yang disediakan atau mengunjungi mana-mana pejabat PKZ Pahang.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima sumbangan zakat harta pada Majlis Serahan Zakat di Istana Abdulaziz, Kuantan.

“Umat Islam yang ingin membayar zakat di kaunter PKZ boleh membayar zakat tanpa tunai dengan menggunakan kad ATM atau kad kredit. Selain itu, zakat juga boleh ditunaikan secara atas talian,” titah baginda.

Baginda bertitah, semua pejabat PKZ Pahang dan kaunter UTC akan dibuka seperti biasa pada hari Sabtu dan Ahad pada dua minggu terakhir hujung bulan daripada jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 967 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download