YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain bergambar bersama pasukan Kuantan yang menjadi juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Pahang Kali ke-64 di Kompleks Sukan Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.

KUANTAN UNGGULI KEJOHANAN MSSP 2020

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 12 MAC 2020: Kontinjen Kuantan mengungguli Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) tahun 2020 menewaskan 11 buah kontijen lain selepas berjaya mengutip 23 pingat emas.

Tempat kedua menjadi milik daerah Maran yang berjaya memperoleh 22 pingat emas diikuti daerah Pekan di tempat ketiga dengan kutipan 12 pingat emas.

Acara sukan tahunan tersebut berlangsung dari 9 hingga 12 Mac itu menyaksikan lebih 50 atlet dipilih untuk mewakili negeri Pahang ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Negeri Sembilan pada bulan hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain hadir merasmikan majlis penutupan kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Beliau dalam ucapannya berkata, penganjuran kejohanan tersebut diharap dapat melahirkan lebih ramai atlet hebat dan berbakat yang akan mewakili negeri Pahang dalam sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Sukan sejak dibangku sekolah adalah platform tepat untuk mencungkil bakat para pelajar sekaligus mampu menggilap atlet terbaik di kalangan yang terbaik.

Atlet yang bertanding dalam Kejohanan MSSP 2020.

“Sikap tekun serta displin sebagai atlet juga mampu membawa kejayaan kepada pelajar sekaligus menjamin masa depan yang lebih cerah” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Ishak Muhamad, Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato’ Zaliza Zulkifli, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Haji Zaimi Abu Bakar dan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Tuan Haji Mohd Razali Mustafar. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download