YH. Dato’ Hamdan Hussin mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan dan Perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN DIMASYHURKAN BANDAR RAYA OLEH TUANKU YANG DI-PERTUAN AGONG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Mahathir Ali Dan Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 21 FEBRUARI 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan mengisytiharkan Kuantan sebagai bandar raya dan merasmikan Kompleks Bandaraya Kuantan.

Upacara istiadat pengisytiharan bermula apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin menyerahkan Surat Cara Pemasyhuran Kuantan Sebagai Bandaraya kepada YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail untuk disembahkan ke sisi Yang di-Pertuan Agong.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menandatangani Plak Pemasyhuran Majlis Bandaraya Kuantan dan Plak Perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan.

Tuanku Yang di-Pertuan Agong kemudian mengisytiharkan Majlis Perbandaran Kuantan sebagai Majlis Bandaraya Kuantan berkuat kuasa hari ini sebelum mengumumkan pelantikan YH. Dato’ Hamdan Hussin sebagai Datuk Bandar Kuantan yang pertama sebelum beliau mengadap dan melafazkan penerimaan jawatan serta mempersembahkan ikrar setia.

Tuanku baginda kemudian berkenan menandatangani Plak Pemasyhuran Majlis Bandaraya Kuantan dan Plak Perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan.

Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan dan Perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan di Kuantan hari ini.

Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, YAB . Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyampaikan Titah Pemasyuran Majlis Bandaraya Kuantan.

Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan diadakan susulan kelulusan diberi kerajaan Persekutuan menerusi mesyuarat Kabinet pada 8 Mei 2019 dan pemilihan tarikh 21 Februari ini dibuat setelah beberapa kali ditunda ekoran pelbagai faktor termasuk situasi COVID-19.

Kali terakhir majlis seumpama ini pada 1 September 1979 atau lebih 40 tahun lalu sempena penarafan Kuantan daripada sebuah bandar kepada perbandaran.

Majlis pemasyhuran ini juga menjadi satu detik bersejarah dan kebanggaan bagi warga Kuantan dan rakyat Pahang amnya walaupun sambutannya diadakan secara sederhana. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download