YB Datuk Seri Rina Mohd Harun beramah mesra bersama Puan Hayati Ismail, 47, isteri kepada Encik Nik Hamid Kub, 50, yang terlantar akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi. Puan Hayati juga telah kehilangan kaki kiri kerana terpaksa dipotong akibat kencing manis. Kedua mereka telah mendapat kelulusan bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM300 setiap seorang.

KPWKM Teliti Dasar Berkaitan PGK

Oleh : Fansurina Abdullah

BERA, 26 Julai 2020 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyambut baik penetapan semula kadar baharu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional sebanyak RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah berdasarkan metodologi 2019 berbanding RM980 sebulan mengikut metodologi 2005 sebagaimana diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 10 Julai 2020.

Justeru, KPWKM bersama semua jabatan dan agensi di bawahnya sedang meneliti secara terperinci dasar dan program sedia ada yang mempunyai hubung kait dengan kadar PGK.

Menterinya, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kementeriannya bersedia untuk membuat penambahbaikan sejajar dengan peningkatan PGK Nasional agar strategi dan pendekatan yang lebih tepat dapat dirangka dalam perlaksanaan dasar dan program berkaitan pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf sosioekonomi.

Beliau berkata, cadangan dan keperluan penambahbaikan akan diangkat dan dibincangkan segera dengan kementerian dan agensi yang berkaitan.

“Buat masa ini, berdasarkan PGK RM980 sebulan, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperuntukkan RM1.53 bilion setahun untuk penyaluran bantuan kepada lebih 500 ribu penerima daripada pelbagai kumpulan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarah seorang penerima bantuan pada Program Ziarah Komuniti di Taman Merbau Indah di Bera, hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah JKM Negeri Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin dan Pegawai Daerah Bera, YH. Encik Mohd Khuzaidi Harun.

Tambahnya, bantuan yang terlibat adalah Bantuan Kanak-kanak (BKK), Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Orang Tua (BOT), Bantuan Am Persekutuan (BA), Bantuan Anak Pelihara (BAP), Bantuan Latihan Perantis (BLP), Bantuan Geran Pelancaran (GP), Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT) dan Tabung Bantuan Segera (TBS).

YB Datuk Seri Rina berkata, di Pahang, lebih 24,000 penerima layak menerima bantuan-bantuan yang dinyatakan tersebut.- PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: