Pengarah KPDNHEP Pahang, YH. Dato’ Mark Ujin (tiga kanan) sedang memeriksa barangan keperluan harian di sebuah pasaraya ketika pelaksanaan Ops Catut 8.0 di daerah Kuantan.

KPDNHEP PAHANG RAMPAS BARANGAN RM1.09 JUTA SEPANJANG 2020

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 14 JANUARI 2021: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang telah merampas barangan bernilai RM 1.09 juta bermula tahun 2020 sehingga kini.

Pengarahnya, YH. Dato’ Mark Ujin dalam satu kenyataan media berkata KPDNHEP Pahang juga telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM296,850 daripada 645 kes dalam tempoh yang sama.

“KPDNHEP telah melaksanakan sejumlah 38,571 pemeriksaan ke atas semua peringkat perniagaan di seluruh negeri Pahang.

“Hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 645 kes telah dihasilkan dengan nilai kompaun sebanyak RM296,850 dan nilai denda mahkamah sebanyak RM66,500. Manakala nilai rampasan sebanyak RM1.09 juta,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga telah membuat pemantauan harian ke atas premis perniagaan utama di negeri ini berikutan isu pembelian panik oleh orang ramai.

“Hasil daripada pemantauan harian ke atas premis-premis perniagaan utama yang menjadi referral point kutipan harga barangan oleh Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP Pahang, didapati tidak berlaku keadaan panic buying seperti yang dicanang di media sosial.

“Walau bagaimanapun pihak peniaga memaklumkan bahawa terdapat pembelian dalam kuantiti yang besar oleh pihak NGO yang berusaha membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Pahang,” katanya.

Menurut beliau, bagi memantau isu pembelian panik ini, pihak KPDNHEP Pahang telah melantik lebih daripada 300 premis sebagai Dedicated District Retailer (DDR) dan Dedicated District Wholeseller (DDW) di seluruh negeri Pahang.

“Kesemua premis ini akan dipantau setiap hari bagi memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa ada dan mencukupi,” katanya.

Selain itu, pihak KPDNHEP juga menyediakan stesen minyak bergerak yang dikenali sebagai ROVR bermula dari 8 Januari sehingga 15 Januari 2021 di Lipis dan Temerloh.

“Ini berikutan keadaan banjir di daerah Kuala Lipis dan Temerloh telah menyebabkan beberapa stesen minyak di bandar tersebut terpaksa ditutup kerana ditenggelami air.

“Bagi memastikan pengguna di daerah tersebut mendapat bekalan bahan api kenderaan, KPDNHEP Pahang dengan bekerjasama salah sebuah syarikat pengeluar bahan api di Malaysia telah berusaha menyediakan stesen minyak bergerak ini.

“Usaha ini bukan sahaja dapat membantu para pengguna meneruskan kegiatan harian malah dapat melancarkan tugas para penyelamat yang menggunakan kenderaan untuk membantu mangsa banjir,” katanya.

Tambah beliau lagi, sekiranya orang ramai ingin mengemukakan sebarang aduan berhubung isu bekalan, harga dan salah laku peniaga yang tidak beretika, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui beberapa saluran.

“Pengguna boleh menyalurkan aduan melalui medium penyaluran aduan Portal e-aduan@kpdnhep.gov.my; atau menghubungi 1800 886 800; atau emel e-aduan@kpdnhep.gov.my; serta melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU.

“Selain itu, pengguna juga boleh menghubungi Enforcement Command Centre (ECC) di talian 03-8882 6245 / 6088; atau menghubungi talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC); serta whatsapp ke 019- 279 4317.

“Pengguna juga boleh terus menghubungi pejabat PDNHEP Pahang daerah Kuantan di talian 09-571 7777 / 09-571 7778; daerah Temerloh di talian 09-2901601 / 09-2901602; daerah Raub di talian 09-3554000 / 09-3552707; daerah Jerantut di talian 09-2601374 / 09-2601375; dan Rompin di talian 09-4140512 / 09-4140513; atau hadir sendiri ke mana-mana lima buah pejabat KPDNHEP di seluruh negeri Pahang,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 262 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download