Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) ketika bertemu dengan Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar (dua dari kanan) di sini, hari ini.

KOORDINASI PENGAGIHAN BANTUAN ANTARA PARTI SEMAKIN BAIK

KUANTAN, 6 APRIL 2020: Kesepakatan antara parti di dalam Perikatan Nasional terutamanya membabitkan UMNO dan PAS semakin baik terutamanya dalam koordinasi pengagihan bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang, YH. Dato’ Sri Abdul Hamid Nazahar berkata, koordinasi antara parti juga akan diperkemaskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan yang diberikan dapat sampai ke peringkat bawahan.

“Sebelum ini kesepakatan kita memang baik dan InsyaAllah selepas ini akan lebih baik lagi,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan bantuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam majlis itu juga, Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dengan Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar turut mengadakan perbincangan berkaitan agihan bantuan sepanjang tempoh PKP ini. PAHANGMEDIA.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download