Kontinjen SUK Terengganu Juara Karnival Sukan SUK Pantai Timur

KUANTAN 2 DISEMBER 2019: Kontinjen Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)Terengganu dinobatkan sebagai johan keseluruhan Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur Tahun 2019.

Pasukan SUK Terengganu berjaya memenangi kesemua lima sukan yang dipertandingkan dalam karnival yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu lalu.

Pasukan SUK Terengganu membolot kemenangan bagi acara sukan golf bukan VIP, futsal, bola jaring, badminton berpasukan dan ping pong berpasukan.

Piala disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Pembangunan), YH Dato’ Fadzilla Haji Salleh, wakil rasmi Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang pada majlis penutup karnival berkenaan di Grand Darul Makmur Hotel di sini, semalam tadi.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YH Dato’ Mohd. Zakaria Ibrahim; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan), YBrs. Tuan Haji Zainal Abidin Mohamed dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal.
Seramai 223 atlet dan pegawai kontinjen SUK Negeri Pantai Timur berkampung di bandar Kuantan sempena Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019, selama dua hari bermula Sabtu lalu.

Karnival sukan yang julung kali diadakan ini akan dilaksanakan secara dwi tahunan serta selain sebagai “pemanas badan” untuk ke Temasya Sukan SUK di Selangor tahun hadapan.

 64 total views,  2 views today

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *