Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, YB Dato' Nazri Ngah bersama Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Pahang, Encik Ahmad Fitri Ali melakukan lawatan ke Tapak Pasar Tani Kekal FAMA di Bandar DARA, Pekan, hari ini.

KOMPAUN PENIAGA TIDAK LETAK TANDA HARGA

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim

PEKAN, 28 JUN 2020: Pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang mengeluarkan kompaun berjumlah RM39,650 bagi kesalahan penandaan harga dalam tempoh enam bulan pertama, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, YB Dato’ Nazri Ngah berkata, jumlah kompaun tersebut membabitkan 109 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, YB Dato’ Nazri Ngah bersama Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Pahang, Encik Ahmad Fitri Ali melakukan lawatan ke Tapak Pasar Tani Kekal FAMA di Bandar DARA, Pekan, hari ini.

“Dua daerah tertinggi merekodkan kesalahan berkenaan ialah Kuantan dan Temerloh membabitkan perniagaan kedai runcit dan kedai buah-buahan di tepi jalan.

“Ini yang berlaku…kita dah kutip lebih RM39,000 jadi saya suka kalau mereka (peniaga) buat salah. Bila buat kesalahan, kita boleh kutip duit dan duit itu kita boleh bagi kepada rakyat balik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Tapak Pasar Tani Kekal kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) di Bandar DARA, dekat sini, pagi tadi.

Turut Hadir, Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Pahang, Encik Ahmad Fitri Ali.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, YB Dato’ Nazri Ngah bersama Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Pahang, Encik Ahmad Fitri Ali melakukan lawatan ke Tapak Pasar Tani Kekal FAMA di Bandar DARA, Pekan, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan kenaikan harga barangan keperluan asas di Pahang, YB Dato’ Nazri berkata, setakat ini KPDNHEP negeri menerima 637 laporan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Daripada jumlah keseluruhan laporan itu, sebanyak 247 dikesan benar-benar menaikkan harga barang dan semua laporan itu sudah diambil tindakan penguatkuasaan oleh pegawai dan anggota KPDNHEP,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua peniaga di Pahang, terutamanya yang berniaga di pasar tani, supaya mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa bagi memutuskan rantaian penyebaran COVID-19. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download