KOLEJ IMPERIA NAFI ABAI KEBAJIKAN PELAJAR SEPANJANG PKP

KUANTAN, 15 APRIL 2020: Pihak Kolej Imperia, Gambang di sini menafikan laporan sebuah portal berita berbahasa Inggeris semalam bahawa mereka mengabaikan kebajikan pelajar mereka yang terpaksa tinggal di rumah sewa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Eksekutifnya, Encik Maseri Salleh berkata, semenjak PKP pertama, pihak kolej telah menghantar bekalan makanan untuk kegunaan pelajar-pelajar itu.

Menurutnya, apabila PKP memasuki fasa kedua, pihak kolej masih membantu pelajar-pelajar itu dengan menghantar barangan keperluan kepada mereka.

“Konsep kami ialah semua barang tersebut dihantar ke sebuah rumah dan mereka akan bergerak menagihkan barang tersebut ke rumah rakan-rakan mereka yang lain,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan yang mengatakan pihak kolej mengabaikan kebajikan mereka dan hanya makan makanan segera selain mendapat belas ihsan jiran bagi meneruskan kehidupan.

Encik Maseri juga berkata, walaupun barangan keperluan itu bukan daripada pihak kolej seperti dilakukan kolej-kolej lain, tetapi sebagai tanda prihatin kepada semua pelajar tersebut, beliau menghubungi dua pelajar perempuan di rumah penginapan mereka dan bertanya apa lagi barang keperluan untuk dibelikan.

Menurutnya pelajar-pelajar itu menyatakan mereka tidak memerlukan apa-apa barang makanan kerana stok masih ada.

Katanya, pelajar-pelajar itu juga mengatakan mereka ada membuat kutipan wang untuk mereka membeli barang keperluan.

“Rumah kediaman pelajar perempuan ini hanya berselang satu rumah dengan pensyarah kami yang tinggal di situ. Dengan keadaan persekitaran seperti ini, saya yakin satu kelebihan kepada pelajar-pelajar ini untuk berkongsi segala permasalahan yang mereka hadapi. Saya amat yakin bantuan segera dapat disalurkan.

“Kami juga membantu pelajar-pelajar ini mengeluarkan wang mereka daripada ATM dan membeli topup untuk kegunaan mereka semasa PKP ini. Adakalanya kami membeli beberapa barang keperluan semasa. Bantuan ini menjelaskan bahawa kami amat mengambil berat semua pelajar dalam semua hal,” katanya.

Beliau juga berkata dalam tempoh PKP, pelbagai inisiatif diambil untuk memastikan tiada pelajar ketinggalan dan dapat mengikuti kelas secara maya serta memperolehi nota melalui aplikasi Telegram atau WhatsApp.

Manurutnya, ada di antara tenaga pensyarah berinterasi secara maya dengan pelajar-pelajar ini dua kali seminggu tetapi malangnya tiada sebarang aduan mengenai kekangan bekalan makanan disuarakan.

“Adalah menjadi harapan saya bagi pihak kolej supaya pelajar ini tidak menyembunyikan apa-apa permasalahan mereka daripada pengetahuan pihak kolej,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: